BERSATU Kekal Sokong Muhyiddin, Kenal Pasti Semua Kelemahan

Politics
13 Mar 2022 • 8:15 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ahmad Faizal Azumu - Gambar fail Bernama

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan terus menyokong kepimpinan mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden parti itu.

Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, perjuangan presiden mereka akan tetap diteruskan.

“Saya dan seluruh ahli parti di semua peringkat tetap menyokong dan mendukung kepimpinan beliau,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap kesediaan Muhyiddin untuk berundur sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN), sekiranya beliau dikehendaki berbuat demikian.

Ia susulan kekalahan gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor malam tadi.

Ahmad Faizal berkata, BERSATU akan mengenal pasti semua faktor yang menyebabkan parti itu kalah besar dan hanya memenangi dua daripada 33 kerusi ditandingi.

“Antara faktor ialah peratusan keluar mengundi yang amat rendah,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mengucapkan tahniah serta terima kasih kepada jentera pilihan raya PN, terdiri daripada BERSATU, PAS dan GERAKAN yang telah bertungkus lumus sepanjang tempoh berkempen.

“Semangat kebersamaan ini mesti kita teruskan demi memperkasakan perjuangan parti kita. Kepada Allah, kami berserah,” katanya. - Getaran, 13 Mac 2022.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved