Kerajaan tambah empat kabel dasar laut

LocalBusiness & Finance
24 Mar 2022 • 11:44 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang melaksanakan penambahan empat kabel dasar laut baharu bagi membantu menampung keperluan rangkaian hubungan di Malaysia, Dewan Negara diberitahu pada Khamis.

Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa berkata, empat kabel itu antaranya melibatkan Sistem Kabel Bay to Bay Express (BtoBE) oleh Facebook dengan kerjasama Time Dotcom Berhad selaku rakan pendaratan di Cherating pada suku pertama 2023.

"Kedua ialah ialah Sistem Kabel MIST oleh NTT dengan kerjasama Arus Restu Sdn Bhd selaku rakan pendaratan di Morib dengan jangkaan siap pada suku kedua 2023.

"Ketiga ialah Sistem Kabel IAX yang akan mendarat di Morib dengan jangkaan siap penghujung 2022, manakala keempat ialah Sistem Kabel BaSICS oleh PP Telecommunication Sdn Bhd akan mendarat di Kuching dengan jangkaan siap hujung 2022,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Robert Lau Hui Yew yang ingin tahu perincian mengenai pautan Malaysia kepada rangkaian internet global sedia ada dan yang telah dirancang termasuk bilangan pautan kabel dasar laut.

AKAN MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved