Apple Dilaporkan Bakal Hadir Dengan “Mac Studio” – Versi Mac Mini Pro Yang Dinantikan Ramai?

TechnologyDigital
5 Mar 2022 • 7:14 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Apple pada tahun ini dijangka hadir dengan beberapa Mac baharu, sekaligus melengkapkan peralihan sepenuhnya daripada penggunaan cip Intel ke cip Apple Silicon yang dibangunkan sendiri.

Selari dengannya juga, Apple dilihat mempunyai perancangan beberapa produk baharu. Mengikut laporan terbaru, Apple dikatakan sedang membangunkan sebuah komputer baharu, dinamakan Mac Studio.

Mac Studio dijangka berasaskan kepada Mac Mini, tetapi dengan penawaran spesifikasi lebih berkuasa. Dalam erti kata lain, ia seumpama Mac Mini Pro yang dinantikan ramai.

image is not available

Dari segi penawaran, Apple dijangka memasarkan ia antara Mac Mini dan juga Mac Pro. Mac Studio ini turut dijangka hadir dengan cip Apple M1 Max – serta satu lagi variasi dengan penawaran lebih berkuasa berbanding M1 Max pada hari ini.

Ia dijangka berkemungkinan besar kita akan melihat Mac Studio dipasarkan pada tahun ini.