Singapura Longgar Syarat Sekatan, Tak Perlu Lagi Pakai Pelitup Muka Di Luar Rumah!

24 Mar 2022 • 12:52 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Ini ada satu berita baik buat korang yang mempunyai rancangan untuk bercuti ke negara jiran, Singapura!

Singapura kini sedang melonggarkan lebih banyak sekatan COVID-19, termasuk menarik semula kebanyakan sekatan bagi pelawat divaksin sepenuhnya yang tiba ke negara itu serta menggugurkan syarat memakai pelitup muka di luar rumah.

image is not availablePengumuman tersebut disampaikan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dalam ucapannya pada Khamis.

Singapura antara negara pertama yang beralih kepada strategi hidup bersama COVID-19, tetapi terpaksa memperlahankan beberapa rancangan pelonggarannya berikutan penularan wabak berikutnya.

image is not available

Setakat ini, gelombang varian Omicron di negara Asia Tenggara sudah mulai reda.

Pada kemuncaknya, Singapura melaporkan rekod hampir 26,000 kes pada Februari lalu, bagaimanapun jumlah jangkitan harian menurun kepada kira-kira 9,000 semalam.

Kebanyakan kes mempunyai simptom ringan atau tiada, dengan kira-kira 92 peratus daripada 5.5 juta penduduknya sudah divaksin sepenuhnya. Sejumlah 71 peratus lagi menerima dos penggalak.

image is not available