Hampir 100 jemaah redah banjir tunai solat Jumaat di Tumpat

4 Mar 2022 • 6:16 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

TUMPAT: Hampir 100 jemaah meredah banjir atau menaiki bot untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Simpangan Hilir, di sini.

Imam masjid, Ismail Awang Mat, 72, berkata walaupun kawasan sekitar masjid berkenaan masih digenangi air namun ia tidak menghalang para jemaah untuk menunaikan solat Jumaat.

“Jika minggu lepas, solat Jumaat tidak dapat dilaksanakan kerana arus deras dan dibimbangi akan membahayakan keselamatan para jemaah.

“Alhamdulillah, hari ini, para jemaah dapat menyempurnakan solat Jumaat walaupun keadaan air mencecah paras paha dan sekitar 0.5 meter ketika ini di beberapa laluan masuk ke masjid,“ katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun yang menyampaikan sumbangan daripada Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa'iz Petra Ibni Al Marhum Sultan Ismail Petra dan Raja Perempuan Kelantan.

Muhamad Zaki berkata sebanyak 100 bakul makanan disampaikan kepada penduduk di Kampung Simpangan sebagai tanda keprihatinan pihak Istana Kelantan terhadap mangsa dilanda musibah banjir.-Bernama