“26 Tan Sampah Dalam Sehari” – Pekerja Kebersihan Kongsi Keadaan MotoGP Mandalika Kotor

22 Mar 2022 • 5:22 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terdahulu, tular di laman TikTok video memaparkan acaran sukan permotoran yang berlangsung di Grand Prix, Litar Mandalika, Indonesia apabila seorang bomoh melakukan ritual ‘tolak’ hujan telah menjadi perhatian orang ramai.

Baru-baru ini, Litar Mandalika sekali lagi menjadi perhatian apabila salah seorang pengguna Twitter telah mendedahkan keadaan sebenar di ruang tempat duduk penonton yang penuh dengan sampah.

Menerusi ciapan tersebut, pengguna tersebut juga mendakwa sampah yang dikumpulkan dalam masa satu hari acara MotoGP Mandalika mencecah sehingga 26 tan sampah.

image is not available

Bukan sahaja bertaburan di atas lantai, sampah botol minuman juga ditinggalkan dalam tempat letak cawan di setiap tempat duduk penonton.

Malah, seorang lagi pengguna Twitter dikenali sebagai Muhammad yang merupakan salah seorang petugas pembersihan MotoGP Mandalika turut meluahkan rasa kecewa dengan tindakan penonton yang tidak bertanggungjawab.

Penat sangat jadi petugas kebersihan MotoGP Mandalika, penonton tinggalkan barang pelik-pelik lagi.

image is not available

Meninjau di ruangan balas, rata-rata orang ramai turut mengecam tindakan penonton MotoGP Mandalika 2022 itu.

Datang dari jauh cuma nak buat sampah. Kesian – Pengguna Twitter.

Ada juga eh orang-orang yang tak rasa bersalah kalau lepas dah sampah merata?,” tulis seorang warganet.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

(VIDEO) "Mat Salleh Gelak Jer Macam Ni" - MotorGP Indonesia Panggil Bomoh Hentikan Hujan Jadi Tumpuan