Sony umum lensa 16-35mm F4 baharu, kali ini ada powerzoom

Digital
23 Mar 2022 • 2:09 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Dalam penawaran Sony, mereka sudahpun ada beberapa lensa berjulat zum 16-35mm seperti 16-35mm F2.8 GM dan 16-35mm F4 T ZA. Tapi ia tidak menghalan mereka untuk lancarkan lagi satu 16-35mm.

Lensa yang dilancarkan kali ini mendukung nama 16-35mm F4 G FE PZ. Ada beberapa info yang boleh diekstrak daripada nama itu. Uniknya lens aini adalah ia berada dalam kategori powerzoom atau erti kata lainnya, pengezuman dilakukan menggunakan motor elektrik.

image is not available

Ada beberapa manfaat ingin deketengahkan Sony melalui lensa ini kepada penggunanya. Salah satunya adalah kelajuan mengezum boleh dimalarkan kerana ia dikawal motor elektrik, sesuai sewaktu merekod video.

Kemudian, apabila mengezum, elemen depan lensa tidak bergerak kedepan sebaliknya elemen dalaman lensa yang bergerak untuk mencapai jarak zum yang diingini. Hasilnya, saiz lensa kekal kompak dan ia menyumbang kepada jisim yang lebih rendah berbanding lensa setara.

image is not available

Sebagai perbandingan, lens ini beratnya 353g manakala versi G-Master beratnya adalah 680g (+93%) manakala versi T ZA beratnya 518g (+47%).

Namun, kekurangan lensa ini adalah ia tidak hadir dengan komponen penstabil imej optkal (OSS).

Lensa Sony 16-53mm F4 G FE PZ akan mula dijual bermula 2 Mei 2022 pada harga RM5,699.

Sumber: Sony

View Original Article