
Kota Kinabalu: Sabah FC mungkin akan beraksi tanpa tiga pemain import mereka dalam perlawanan pembukaan musim menentang Negeri Sembilan di Stadium Likas malam ini bermula jam 7.30 malam.
Ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee mendedahkan bahawa dua pemain import dari Brazil, Neto Pessoa dan Jackson De Souza serta Taiki Kagayama dari Jepun, dan beberapa pemain lain masih diragui untuk perlawanan itu kerana mereka masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

