Puteri UMNO Gesa PRU-15 Disegerakan

Politics
17 Mar 2022 • 11:56 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Zahida berkata kini adalah masa paling tepat bagi mengadakan PRU-15. - Gambar oleh Syeda Imran

KUALA LUMPUR - Pergerakan Puteri UMNO menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen dalam masa terdekat bagi memberi laluan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan menyifatkan kini adalah masa paling tepat bagi mengadakan PRU-15 dan seluruh anggota parti itu dilihat bersemangat mendapatkan kemenangan, selepas UMNO menang besar pada beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN), termasuk di Johor baru-baru ini.

“Kemenangan majoriti dua per tiga UMNO pada (PRN) Johor dianggap sebagai kemenangan besar, sebelum ‘tonik beransur kendur’, saya seru PRU-15 diadakan dalam masa terdekat.

“Kita berada di gear empat dan hendak masuk gear kelima. Kita hendak memecut kereta kita ke garisan penamat supaya dapat meraih kemenangan mutlak.

“Kita perlu menebus semula maruah kita yang hilang dalam perlumbaan PRU-14. Jangan lemahkan semangat kami. Jangan pandang rendah dengan wanita muda sebab kami boleh menjadi jantan daripada setengah jantan yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Menurut beliau, rayuan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) supaya PRU-15 diadakan sehingga penghujung penggal tidak harus dilayan.

Dalam pada itu, Zahida meminta kepimpinan tertinggi UMNO memastikan pemilihan parti tersebut diadakan hanya selepas PRU-15.

“Puteri UMNO ingin mendesak kepimpinan tertinggi UMNO untuk mengadakan pemilihan parti selepas selesai PRU-15 kerana fokus kita buat ketika ini adalah kemenangan di PRU akan datang.

“Seluruh tenaga dan usaha perlu ditumpu di PRU-15 bagi kestabilan parti kita untuk meraih kemenangan yang berterusan pada masa kini,” ujarnya. - Getaran, 17 Mac 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved