Warisan susun semula strategi hadapi PRU15

Politics
14 Mar 2022 • 12:18 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

JOHOR BAHRU: Parti Warisan (Warisan) akan menyusun semula strategi sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15, menurut presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (gambar) .

Beliau berkata meskipun keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak seperti apa yang diharapkan parti itu, sekarang bukan masa untuk berputus asa.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri Johor dan paling penting, saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang berkempen tanpa mengenal penat lelah dan jemu untuk Parti Warisan.

“Dengan penuh keikhlasan, saya amat menghargai segala kerja keras dan usaha berterusan anda semua. Saya juga berterima kasih kepada rakyat Johor kerana sudi menerima kedatangan kami ke negeri ini,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Pada PRN Johor, BN menang 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan diikuti Pakatan Harapan (11), Perikatan Nasional (tiga) manakala Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan PKR masing-masing satu kerusi.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.