
Seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @aboiii98 baru-baru ini meluahkan rasa kecewa setelah ditipu oleh sindiket ‘scam’ jawatan kosong ketika mencari pekerjaan sampingan untuk mendapat duit tepi.
Dalam hantaran Tweet tersebut, Aboi difahamkan telah membuat laporan polis setelah dirinya ditipu malah duit simpanannya juga lesap sebanyak RM16,000.
Guys 
Aku kena scam almost 16k sampai habis duit simpanan aku keluarkan, pinjam cousin pinjam parents almost 8.5k. Aku harap korang semua boleh amik ikhtibar dari aku. Nanti aku free aku buat cerita semua dari A-Z. Skrg ni aku lemah x thu nk buat apa dah
pic.twitter.com/lOBlXuiPDa
(@aboiii98) March 16, 2022
Menurut Aboi atau nama sebenarnya Muhammad Afiq Aidil, sindiket itu menawarkan pekerjaan mudah di mana dia perlu membeli beberapa produk menggunakan duit sendiri dan setiap pembelian diberi keuntungan sekitar 10%. Duit modal juga akan dikembalikan.
Setiap ‘pembelian’ yang harus dibuat semakin meningkat harganya di mana para ‘rekruit’ ini terpaksa mengeluarkan duit yang banyak untuk mendapatkan pulangan yang dijanjikan.

Pada awalnya, Afiq mendapat keuntungan 10% yang dijanjikan namun semuanya bertukar mimpi ngeri apabila ianya dikatakan telah ‘melebihi’ masa ditetapkan dan berlaku kesilapan.
Setelah itu, ‘majikan’ telah memintanya untuk membayar denda kerana ‘terlewat’ melakukan tugasan yang ditetapkan namun tiba-tiba sahaja sistem menjadi ‘down’.
Sehingga ke saat ini, ‘majikan’ Aboi tidak memulangkan kembali wang miliknya seperti yang diberitahu sebelum ini.
Menjengah ke ruangan komen, ramai sebenarnya berkongsi perihal yang sama malah ada juga yang telah ditipu dengan modus operandi yang sama seperti yang dialami Aboi.
Pesan netizen lagi, jika seseorang atau agensi itu menawarkan pekerjaan yang memerlukan anda ‘bank-in’ duit anda terlebih dahulu, ianya ternyata hanyalah ‘scam’ dan penipuan semata-mata.

Baru-baru ini juga platform beli belah terkenal atas talian iaitu Shopee ada mengeluarkan kenyataan di mana pihak mereka tidak pernah melantik pihak ketiga dalam menawarkan sebarang pekerjaan dan tidak sesekali akan meminta duit pelanggan.
Berhati-hati ya semua!
Kredit: Twitter Aboi | Beautifulnara
The post Niat Nak Cari ‘Duit Tepi’, Tapi Kena Scam Hampir RM16k appeared first on Oh! Media.


