Wakil Puteri UMNO dakwa wujud perjumpaan sulit mahu gugat persidangan

Politics
17 Mar 2022 • 12:23 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Seorang wakil Puteri UMNO mendedahkan terdapat satu perjumpaan sulit diadakan pada malam Rabu, bertujuan mahu mengganggu-gugat perjalanan Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO yang berlangsung hari ini.

Penolong Setiausaha Puteri UMNO, Asuma Beevi Mohamed Sali berkata, beliau dikejutkan dengan kiriman rakaman mengenai perjumpaan berkenaan yang mana dihadiri oleh beberapa perwakilan Puteri UMNO yang menyertai persidangan pada Khamis.

“Sebagai wakil pemimpin Puteri UMNO peringkat pusat, saya cukup kecewa. Kita sebenarnya ada banyak platform untuk meluahkan pendapat dan ketidakpuasan hati kita.

“Saya sebenarnya malu. Mungkin ini adalah kegagalan saya yang tidak dapat memberikan satu ‘channel’ yang betul untuk mereka meluahkan pandangan mereka.

“Saya mungkin rasa saya telah memberikan ruang yang secukupnya pada anda semua untuk meluahkan rasa dan pendapat. Tetapi mungkin ruang itu tidak cukup sehingga anda memilih perjumpaan sulit untuk meluahkan pendapat dalam bentuk yang bakal mencalar perhimpunan hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan aluan sempena Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini pada Khamis.

Sehubungan itu, Asuma Beevi berharap perjumpaan sulit yang diadakan pada malam Rabu itu tidak terus dipanjangkan kerana beliau sudahpun mempunyai semua bukti mengenai apa yang berlaku.

Beliau juga diminta memberikan butiran berkenaan kepada Lembaga Disiplin UMNO untuk diambil tindakan sewajarnya.

“Saya cuma mohon perkara ini berakhir malam tadi. Tidak dipanjangkan kerana saya dibekalkan senarai nama kehadiran serta segala butiran lengkap apa yang terjadi malam tadi.

“Saya juga diminta untuk memberikan segala bukti ini kepada Lembaga Disiplin untuk diambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved