
DIA sudah pergi tetapi lagu-lagunya akan kekal berkumandang dalam hati setiap peminat dan mereka yang pernah mengenalinya. Itulah legasi tidak ternilai yang ditinggalkan oleh Datuk Justin Jogumba Stimol, ikon penggiat seni dan budaya yang baru sahaja pergi menghadap Yang Maha Esa pada 26 Mac yang lalu.
Lahir 83 tahun yang lalu, Justin Stimol adalah seorang insan seni Sabah yang amat luar biasa dan ada yang menganggapnya eksentrik kerana penampilannya seperti seorang koboi.
