Lelaki maut terbabas

14 Mar 2022 • 3:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

HULU SELANGOR - Seorang lelaki maut apabila kereta Perodua Myvi yang dipandunya hilang kawalan dan bertembung dengan sebuah kereta Perodua Kelisa dalam kejadian di Kilometer 8 Jalan Sungai Choh - Bukit Beruntung di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, dalam kejadian pada jam 9 pagi itu, mangsa berusia 22 tahun memandu seorang diri menghala ke pekan Bukit Sentosa hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan.

"Kereta yang dipandu kemudian melanggar sebuah kereta Perodua Kelisa yang dinaiki sepasang suami isteri berusia 60 dan 61 tahun," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Arsad berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan di bawa ke unit forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

"Pasangan suami isteri yang cedera pula dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut," katanya.

Arsad berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kemalangan itu boleh menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved