
Kota Kinabalu: Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Sabah perlu membayar dividen sekurang-kurangnya RM1 juta setiap tahun kepada kerajaan negeri itu mulai tahun ini, menurut Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau berkata langkah sedemikian akan membantu meningkatkan tabung negeri dan membawa lebih banyak pembangunan kepada rakyat.
“Kerajaan negeri tidak akan bergantung semata-mata kepada GLC untuk mengisi tabung negeri. Kami memerlukan kedatangan pelabur.
“Apabila pelabur masuk dan membawa wang untuk menjalankan projek mereka, ini akan mencipta impak (positif) yang serta-merta kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Hajiji berkata antara perkara yang digariskan dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) atau rangka tindakan pembangunan Sabah adalah untuk mewujudkan dasar mesra pelabur.
“Dalam tempoh satu setengah tahun sejak pelancaran SMJ, kita telah menarik lebih 10 syarikat untuk datang melabur di Sabah,” katanya.
Beliau berkata, melalui SMJ, Sabah telah mencapai kemajuan yang besar dalam membina ekonominya, dan ini dibuktikan apabila negeri itu mencatatkan perolehan sebanyak RM5.44 bilion tahun lepas, sekali gus yang terbesar dalam sejarahnya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

