Terlibat Kes Dadah, Dua Selebriti Ini Berdepan Hukuman Gantung Sampai Mati

27 Mar 2022 • 5:29 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Dua selebriti tanah air kini dilaporkan berdepan hukuman gantung sampai mati mandatori sekiranya mereka disabit bersalah akibat memiliki pelbagai jenis dadah.

 

1. Isma Halil Hamzah

Kes penyampai radio berusia 49 tahun ini kini masih dalam siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Isma Halil didakwa mengedar kanabis dengan anggaran berat 409 gram yang dilakukan di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju.

image is not available

Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 5.35 petang pada 27 Ogos 2021.

Pada Februari lepas, ketika pertuduhan dibacakan ke atasnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Isma Halil mengaku tidak bersalah.

 

2. Penyanyi Nasyid Lelaki

Kes ini sedang hangat diperkatakan kerana ia baru sahaja berlaku pada minggu ini.

Penyanyi tersebut telah ditahan pada Khamis, 24 Mac di kediamannya, di sebuah kondominium terletak di Kota Damansara.

Pemeriksaan pihak polis menemukan 17 batang pokok ganja di rumah itu. Dia yang juga komposer itu kini direman dan kes turut disiasat mengikut Seksyen 39B ADB 1952 dan Seksyen 6B ADB 1952.

image is not available

image is not available

Menurut laporan Harian Metro, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Datuk Freddie Fernandez berkata, semua itu perlu diserahkan kepada mahkamah untuk membuat penghakiman.

Ini kerana mereka perlu menghadapi perbicaraan dan mereka belum boleh dikatakan bersalah selagi belum disabitkan dengan kesalahan itu. Kita pun tidak tahu sama ada ia digunakan untuk diri sendiri atau diedar. Ia masih perlu disiasat dan disahkan oleh pihak berkuasa.”

Jelasnya lagi, tidak adil jika orang ramai menhatuhkan hukuman terhadap mana-mana selebriti yang ditahan sedangkan siasatan mahu pun perbicaraan masih berjalan.

Dia juga menggesa artis yang masih terlibat dengan dadah agar meninggalkan tabiat tersebut.

image is not available 3 hari lalu

[GEMPAR] Penyanyi Nasyid Ditahan Polis, Disyaki Terlibat Kes Dadah

View Original Article