Casio G-Shock Bertemakan Kiub Rubik Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM729

TechnologyDigital
31 Mar 2022 • 1:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Casio GAE-2100RC-1A telah dilancarkan di Malaysia hari ini dan ia adalah hasil kolaborasi Casio dan Kiub Rubik. Jam tangan ini mengambil rekaan asas jam GA-2100 dengan pilihan enam warna yang boleh ditemukan pada permukaan Kiub Rubik.

image is not available

Ia masih sebuah jam tangan analog bias G-Shock dengan muka jam berwarna merah, biru dan kuning sementara tubuh pula berwarna putih. Warna oren dan hijau pula digunakan pada teks yang menunjukkan fungsi jam serta tali jam. Casio turut memberikan bezel gantian berwarna hitam sekiranya pengguna ingin menukar warna jam.

image is not available

Jam masih lagi tahan hentakan dan boleh dibawa menyelam sehingga tekanan 200 meter. Bateri yang digunakan pula boleh bertahan sehingga tiga tahun. Ciri lain ialah lampu LED untuk melihat di waktu malam dan mod 31 zon masa seluruh dunia. Di Malaysia Casio GAE-2100RC-1A akan mula dijual bermula April 2022 pada harga RM729 seutas di kedai atas talian Casio dan stor Casio berhampiran.