
Kota Kinabalu: Parti politik dan pemimpin tertinggi mesti menyokong keseimbangan gender dan menggalakkan peluang sama dalam kepimpinan parti politik serta pencalonan masa depan untuk kedua-dua negeri dan negara dalam pilihan raya umum.
Membuat gesaan itu, Pengasas Pergerakan Orang Wanita Empowerment and Revolution (Power) Datin Fazar Arif berkata wanita mesti dilayan sebagai rakan kongsi yang sama rata kerana mereka membentuk hampir 50 peratus penduduk negara.

