“Takde Kena Mengena, Sibuk Je” – Ustaz Kazim Tegur Ramai ‘Busybody’ Fikir Kes Tangmo Dari Ramadan

15 Mar 2022 • 4:07 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seperti kita tahu, ketika ini ramai warganet di Malaysia yang sedang menumpukan perhatian mereka terhadap kes kematian seorang aktres di Thailand iaitu Tangmo Nida.

Kes ini telah mendapat perhatian kerana kekejaman yang berlaku ke atas aktres tersebut hingga ada yang sanggup buat kronologi dan berhari-hari menghabiskan masa mereka untuk fikir kes berkenaan.

Kerana terlalu ‘obses’ tentang kes ini terutamanya di kalangan Melayu Islam, pendakwah terkenal iaitu Ustaz Kazim Elias tampil menegur perbuataan mereka itu.

Tiada kena mengena dengan kita pun. Nak kata sepupu pun tidak, anak saudara pun tidak, sibuk hal orang.

Melalui laporan dari Majoriti, beliau berkata sedemikian ketika sedang menyampaikan ceramah di salah sebuah masjid dengan menyentuh topik hangat itu.

Dalam pada masa yang sama, pendakwah bebas yang lain iaitu Ustaz Elyas Ismail pula memberitahu di TikToknya bahawa ada netizen berkongsi mimpikan Tangmo dan menurutnya mungkin kerana terlalu mengikuti perkembangan aktres itu yang membuatkan mereka termimpi-mimpi serta minta mereka untuk tidak berasa takut.

image is not available 2 minggu lalu

(VIDEO) Tular Video Wanita 'Dirasuk' Roh Tangmo Nida Di TikTok, Meraung Sakit Dan Kesejukan