Kelantan 'belanja' air percuma sepanjang Ramadan

31 Mar 2022 • 12:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan memperuntukkan RM3 juta untuk bekalan air percuma kepada rakyat negeri ini sepanjang bulan Ramadan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, bekalan percuma itu melibatkan pengguna akaun Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) yang menggunakan perkhidmatan tidak lebih RM30.

"Ia melibatkan 146,600 akaun pengguna," katanya ketika membuat pengumuman pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Khamis.

Persidangan DUN Kelantan ke-14 penggal kelima yang bermula Isnin lalu ditangguh pada Khamis kepada tarikh yang akan diberitahu kelak.