Sabah dan Melaka adalah dua buah negeri yang sudah melalui proses Pilihan Raya Negeri mereka. Negeri tersebut telah mendapat mandat rakyat jelata dengan terbentuknya sebuah kerajaan yang dipilih oleh mereka. Bagi kerajaan negeri Sabah dibentuk dengan gabungan parti – parti politik dari Barisan Nasional dan Perikatan Nasional. Untuk negeri Melaka pula terbentuk dengan majoriti mudah dari ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) parti Barisan Nasional.

Kini giliran rakyat bangsa Johor untuk memilih siapa bakal menaiki takhta eksekutif kerajaan negeri Johor pada PRN negeri kali ini. Dalam pada itu, rakyat juga akan menilai tiga pilihan mengikut sejarah pemerintahan yang lalu iaitu dari Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan campuran BN – PN. Keputusan PRN Johor akan menjadi bayangan kepada keputusan Pilihanraya Umum (PRU) yang dijangka diadakan tahun ini atau tahun depan.
Sejak 2018, situasi dan keadaan politik negara Malaysia berada dalam keadaan tidak begitu stabil kerana berlaku perubahan-perubahan besar yang hanya melibatkan Ahli-ahli Parlimen Malaysia sahaja dan bukan dari mandat rakyat secara amnya. Dalam sejarah, Malaysia mendapat tiga Perdana Menteri kurang dari 5 tahun. Suhu politik boleh dikatakan semakin reda kerana adanya keputusan PRN dari Sabah dan Melaka.
Keputusan pilihanraya PRN Johor 2022 telah menyaksikan parti BN telah berjaya memenangi 40 kerusi, PH dan parti MUDA 13 kerusi, dan PN 3 kerusi. Hasil pengundian dari lebih 60% pengundi yang keluar mengundi telah membuktikan bahawa rakyat memberi mandat kepada pemimpin yang berkhidmat dengan cemerlang. Tidak dinafikan Datuk Hasni Mohamed telah banyak menyumbang kepada rakyat walaupun masih baru berkhidmat untuk bangsa Johor. Dengan keputusan ini juga menjadi satu batu ukuran kepada parti lain untuk lebih menonjol dan laburkan khidmat yang lebih besar untuk rakyat khususnya.
Dalam PRU 15 akan datang sudah pasti akan menyaksikan pertembungan 3 posisi parti politik besar iaitu BN, PH, dan PN. Gabungan juga akan terjadi jika salah satu parti ini tidak mendapat separuh kerusi Parlimen Malaysia.
Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!
*Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.


