ASUS Malaysia Juga Mengemaskini Tanda Harga Penawaran Kad Grafik Mereka

TechnologyDigital
21 Mar 2022 • 9:34 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Petang tadi kami telah melaporkan bahawa ZOTAC Malaysia telah mengemaskini tanda harga penawaran kad-kad grafik mereka, dan kini, ASUS Malaysia juga dilihat telah mengemaskini tanda harga komponen-komponen mereka sendiri.

ASUS Malaysia dilihat menawarkan kad-kad grafik dari NVIDIA GeForce RTX 3050, yang ditawarkan pada harga permulaan RM1500, NVIDIA GeForce RTX 3060 yang bermula dari RM1750, NVIDIA GeForce RTX 3070 pada harga RM3000, dan jika anda seorang bangsawan yang mahu mendapatkan kad grafik baru, NVIDIA GeForce RTX 3080 mereka ditawarkan pada harga permulaan RM5300 sekarang.

image is not available

ASUS Malaysia turut mengatakan bahawa kemaskini harga ini akan berkuatkuasa serta-merta, dan bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan sebuah kad grafik ini boleh ke laman web ini untuk mencari kad-kad grafik dan komponen-komponen yang diperlukan untuk membina sebuah komputer desktop gaming yang berkuasa.