
SELEPAS dua tahun wabak Covid-19 melanda dunia, kegiatan seni muzik Sabah boleh dikatakan semakin parah dan belum ada tanda-tanda untuk sembuh. Tidak banyak ‘event’ dibuat, tidak banyak jemputan diterima, tidak banyak keramaian diadakan manakala kelab pula ditutup.
Adakah fasa endemik bermula April ini akan memberi ruang dan peluang yang lebih bagus kepada golongan artis yang ramai terkesan di negeri ini untuk mencari nafkah? Pemuzik dan promoter majlis Chester Desmond Sinidol meraguinya.

