Dell Memperkenalkan Dua Paparan Gaming Bersaiz 32 Inci – Dell G3223Q Dan Dell G3223D Pada Harga Permulaan RM2259

TechnologyDigital
21 Mar 2022 • 4:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Dell ialah sebuah jenama yang tidak asing lagi dalam industri pembuatan peranti, perkakasan dan aksesori komputer untuk tujuan produktiviti, gaming dan sebagainya. Terkini, syarikat tersebut dilihat memperkenalkan dua paparan skrin untuk gaming yang baharu, iaitu Dell G3223Q dan Dell G3223D.

image is not available

Walaupun kedua-dua paparan ini menggunakan panel Fast IPS 32 inci yang sama, model G3223Q hadir dengan resolusi 4K dan kadar segar semula dengan kadar segar semula 144Hz, manakala model G3223D mempunyai resolusi 1440p dan kadar segar semula yang sedikit lebih tinggi pada 165Hz.

image is not available

Dari segi olahan gamut warna, kedua-dua paparan ini mampu memaparkan 95 peratus gamut warna DCI-P3, dan model G3223Q hadir dengan sokongan untuk HDR600, manakala model G3223D mempunyai sokongan untuk HDR400.

image is not available

Dari segi pilihan input pula, Dell G3223Q hadir dengan dua palam HDMI 2.1, satu palam DisplayPort 1.4, satu palam USB 3.2 Type-B, dua palam USB 3.2 Type-A dan satu palam audio 3.5mm. Untuk model Dell G3223D pula, ia hadir dengan dua palam HDMI 2.0, satu palam DisplayPort 1.4, satu palam USB 3.2 Type-C, dua palam USB 3.2 Type-A dan satu palam audio 3.5mm.

image is not available

Menariknya, kedua-dua paparan ini hadir dengan sokongan AMD FreeSync, tetapi model G3223D dilihat hadir dengan sokongan untuk teknologi grafik NVIDiA GeForce juga.

image is not available

Dell Malaysia dilihat sudahpun mula menawarkan kedua-dua paparan skrin gaming ini untuk pasaran tempatan, dimana model Dell G3223D dijual pada harga RM2259, manakala Dell G3223Q dijual pada harga RM3539.