Muat Naik Adegan Panas, Zul Ariffin Akan Disiasat – Annuar Musa

Entertainment
22 Mar 2022 • 12:32 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Gara-gara memuat naik adegan panas dari drama Perempuan Itu di akaun Instagram miliknya tempoh hari, aktor terkenal Zul Ariffin bakal disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKM) 1998.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Komunikasi & Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dalam satu ciapan di Twitter.

“Proses undang undang (sedang) berjalan. Pelakon Zul Arifin akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia kerana posting Instagram yang menyalahi undang undang,” ciap Annuar Musa.

Beliau dalam masa sama turut menegaskan adegan panas seperti itu sama sekali tidak dibenarkan untuk ditayangkan pada bila-bila sahaja.

“Yang pasti adegan seperti yang dipapar itu tidak akan dibenarkan tayang, sama ada bulan ramadan atau bulan yang lain. Jagalah nilai dan budaya,” kata beliau lagi.

Terdahulu, Zul Ariffin memuat naik satu kenyataan maaf selepas teruk dikecam gara-gara penularan video berkenaan.

Meskipun video tersebut sudah dipadam, beberapa pengguna media sosial telah bertindak menyalin video dan menyebarkannya di media sosial.

Baca artikel berkaitan :