Covid-19: 52 kematian baharu direkod, 15 BID

26 Mar 2022 • 7:59 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 52 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Angka korban terbaharu semalam menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan kini 34,717 orang, daripada 4.07 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal CovidNow, 15 daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).

Sementara itu, terdapat 269,389 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 262,122 individu atau 97.3 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 1,266 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 5,710 kes dirawat di hospital dan 291 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 103 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 188 lagi memerlukan mesin ventilator. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved