
Tular di media sosial Twitter hari ini apabila seorang individu berkongsikan pengalamannya berhadapan seorang pemandu warga emas yang bersikap kurang ajar hanya kerana dihon disebabkan pemanduan sambil lewa dan lembab.
Video yang dikongsi oleh akaun @MALAYSIAVIRALL itu sekaligus mencetuskan perasaan kurang senang dan geram melihatkan gelagat warga emas itu yang biadap terhadap pemandu yang dianggap ‘cukup sabar’ dengan karenah lelaki itu.
so member tu pun lagi hot lah ?
Mula2 malas nak layan, yg bdosanye kau. but he said a nasty word bout my wife, padahal bini aku senyap je and tak bsuara, tu buat aku panas.for me that is sexual harassment dan sbg suami aku tak nak orang cakap aku dayus so just pull over my car pic.twitter.com/M6e2kezXlD
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) March 3, 2022
Difahamkan, pakcik tersebut telah dihon dan dipotong laluan kerana memandu terlalu ‘slow’.
Namun, warga emas itu memberi respon dengan memaki hamun serta mengangkat jari tengah kepada pemandu terbabit yang sempat merakam peristiwa tersebut dengan dashcam keretanya.
Orang tua berkopiah itu ‘mumbling’ dan terus memprovok dengan perkataan bodoh dan binatang. Aku dah bayang macam-macam boleh jadi kat orang tua ni kalau aku hilang sabar.
Pakcik tersebut juga dilihat ada menyebut perkataan kurang enak terhadap isteri pemandu itu dan kedua-duanya berakhir di tepi jalan untuk berhadapan dan berbincang.

Sumber : Twitter
Tetap terus memberi provokasi, warga emas itu sempat menahan pemandu itu daripada memasuki kenderaan dan insiden tersebut telah dilaporkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa geram dengan tindakan pakcik tersebut yang ‘tidak kena’ dengan usia.

Sumber : Twitter
“Orang tua zaman sekarang ramai jenis panas baran dan keras kepala..pernah kena, berkopiah juga. ride motor lawan arus, aku terkejut dan honk. Terus berhenti depan kereta maki hamun tunjuk penumbuk. Memikirkan dia orang tua umur-umur bapak aku. Aku ignore je.” kongsi seorang netizen.
Sabar je lah..
(VIDEO) "Mak Anak Sama B*doh!" - Tak Boleh Terima Anak Dituduh Mencuri, Ibu Mengamuk Siap Buat 'Live' FB
The post “Pakai Kopiah Tapi Mulut Macam…..” – Warga Emas Maki P*kimak Kerana Pandu Perlahan, Netizen Geram Siap Ajar Mengucap first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

