“Mesti Naik ‘Kaw Kaw’!” – Umum Gaji Minimum RM1500, Tapi Ramai Risau Harga Barang Pula Naik?

20 Mar 2022 • 11:13 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Semalam, setelah Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob umum mengenai kenaikan gaji minimum sebanyak RM1500, ianya diterima baik dari orang ramai.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang merasakan dengan kenaikan gaji minimum itu, akan bermulalah kenaikan harga dalam segala aspek sama ada barang ataupun perkhidmatan.

Netizen menyifatkan golongan peniaga termasuk pemilik taska akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang sesuka hati, termasuklah yuran kanak-kanak umur bawah enam tahun.

Dalam pada itu, ada juga warganet yang memberi respon seakan sinis dengan mengucapkan tahniah mengenai kenaikan gaji minimum kerana merasakan harga barang serta makanan juga akan naik mendadak.

Selain risau akan kenaikan harga barang, ada satu pengguna pula risau akan pengumuman yang dibuat oleh PM itu kerana berkemungkinan besar pihak pengurusan tadika akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga yuran.

image is not available

Sekadar info, PM memaklumkan pelaksanaan gaji minimum RM1500 ini akan bermula 1 Mei di seluruh negara kecuali perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

image is not available 2 hari lalu

Gadis Dilarang Masuk Unit Kecemasan Sebab Pakai 'Skirt' Pendek, KKM Ambil Tindakan Keatas Pengawal