Kereta Nyaris Masuk Tasik Gara-Gara Elak Binatang Liar

17 Mar 2022 • 5:38 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Sering kali kita dengar pesanan berhati-hati ketika memandu kerana malang tidak berbau, meskipun sudah memandu dengan penuh berhemah kerana insiden boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Seorang pelajar berdepan dengan satu situasi cemas apabila kereta yang dipandu hampir terjunam ke dalam tasik Putrajaya pada awal pagi tadi (17 Mac).

Menerusi laporan Harian Metro,  dalam kejadian pada pukul 5 pagi itu, mangsa yang memandu kenderaan jenama Toyato Vios hilang kawalan lalu terbabas ke tepi tasik tersebut.

Punca sebab elak anjing liar melintas

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintenden Md Noor Aehwan Mohammad, mangsa didakwa cuba mengelak seekor anjing yang melintas ketika melalui Jalan Persiaran Tasik di Cyberjaya.

image is not available

Tambahnya, tiada sebarang kecederan atau kemalangan jiwa berlaku kepada mangsa.

Menurutnya lagi, kereta yang dipandu itu merupakan kereta yang disewa daripada sebuah syarikat e-hailing SOCAR dan mangsa telah memberitahu kepada syarikat terbabit untuk menunda kenderaan tersebut ke Ibu Pejabat Polis Daerah  (IPD Sepang)

Katanya lagi, pemandu kenderaan terbabit turut diarahkan hadir ke balai polis untuk membuat laporan.