Bentang RUU Anti Lompat Parti segera

Politics
21 Mar 2022 • 10:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Kerajaan digesa membentangkan Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti dengan segera.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, rang undang-undang yang sepatutnya dibentangkan itu sebenarnya langkah yang sangat progresif dan menjadi sebahagian daripada reformasi politik yang didukung oleh UMNO dengan sokongan Pakatan Harapan.

“Sokongan bipartisan sedemikian bukan sahaja unik tetapi menggambarkan betapa Malaysia sedang bergerak di landasan betul dalam kematangan politiknya.

“Apalagi bila Barisan Nasional dan Pakatan Harapan telah menjadi mangsa kecurangan wakil rakyat mereka yang melompat.

“Dan tindakan mereka itu telah menyebabkan Malaysia mengalami ketidakstabilan politik yang merencatkan kemajuan dan pembangunannya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Isnin.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, jika dibiarkan terlalu lama penangguhan pembentangan rang undang-undang tersebut akan menimbulkan keraguan rakyat mengenai komitmen UMNO dalam menjuarai reformasi politik dan institusi seperti yang dijanjikan

“Justeru, ikhtiar yang penting sebegini, janganlah dilengah-lengah lagi dan mesti diberikan segala keutamaan oleh kerajaan,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved