Tiga dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai

10 Mar 2022 • 7:27 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 10 MAC: Empat individu dilapor tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Teratai 1/2J Taman Bukit Permai, Ampang petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata setakat ini seorang daripada mangsa sudah ditemui.

“Mangsa dibawa keluar jam 6.54 petang tadi dan mengalami cedera ringan. Operasi menyelamatkan tiga lagi mangsa sedang dijalankan.

image is not available
Keadaan tanah runtuh di Jalan Teratai 1/2J Taman Bukit Permai, Ampang petang tadi. Foto JBPM SELANGOR

“Kita juga mengesan sekiranya terdapat mangsa lain. Pergerakan tanah di sini masih berlaku,” kata Norazam Khamis menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya kejadian berkenaan turut menyebabkan 15 rumah terkesan dengan dua darinya tertimbus sepenuhnya.

Selain itu 10 kenderaan di kawasan itu juga turut terjejas.

image is not available
Keadaan tanah runtuh di Jalan Teratai 1/2J Taman Bukit Permai, Ampang petang tadi. Foto Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)