(Video) Koyak Kena Carutan Penyokong Lelaki. Wanita Mengamuk Baling Tong Sampah Kena Hempuk Ramai-Ramai

24 Mar 2022 • 5:14 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
wanita mengamuk

Tular di laman Twitter, satu ciapan oleh seorang pengguna berkongsi video memaparkan seorang wanita yang mengamuk sehingga menimbulkan kekecohan di kawasan luar padang bola sepak.

Menerusi video tersebut, dilihat penyokong wanita itu bertindak membaling beg dan tong sampah ke arah seorang lelaki menyebabkan dia dipukul penyokong lelaki yang lain secara beramai-ramai dan terpaksa dileraikan oleh pemain-pemain bola.

Difahamkan, pergaduhan itu tercetus apabila wanita itu dikatakan tidak tahan dengan kata-kata kesat dari penyokong lelaki berkenaan yang tidak ditujukan kepadanya.

image is not available

Makwe siapa kena pukul woi time tengok bola ni?

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut memberikan pelbagai reaksi dan menganggap penyokong wanita itu terlalu beremosi.

Perempuan tak manis buat perangai macam tu…

image is not available

Tong sampah terkena pakcik tengah tengok anak main bola?

image is not available

Banyak cerita yang kita dapat dari Twitter tetapi sehingga kini belum ada mana-mana pihak tampil membuat laporan polis atau menjelaskan perkara sebenar. Diharapkan janganlah berlaku lagi perkara seperti ini, malu weh!

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.