Jurang Kualiti Jelas Kepada Rangnick, City Ketuk United

Football
7 Mar 2022 • 9:11 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Mahrez meraikan jaringan keempat City. - Gambar AFP

MANCHESTER - Pengurus interim Manchester United Ralf Rangnick menyedari jurang kualiti di antara pasukannya dan pendahulu Liga Perdana Inggeris Manchester City selepas tumpas 4-1.

Dua gol masing-masing daripada Kevin De Bruyne dan Riyad Mahrez memberi kemenangan mudah yang mengembalikan kelebihan enam mata di puncak liga di hadapan Liverpool.

Kekalahan ini memberi tamparan hebat buat peluang United untuk layak ke Eropah musim depan, pasukan itu kini berada di belakang Arsenal, yang mempunyai baki tiga perlawanan dalam tangan, dengan perbezaan 1 mata di tangga keempat.

“Ini adalah perlawanan yang menunjukkan jurang di antara kedua pasukan ini masih besar.

“Semua orang tahu bertapa hebatnya mereka. Mereka adalah pasukan yang terbaik di dunia,” kata Rangnick. - AFP

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved