NGO lapor polis hantaran FB hina komuniti etnik Sabah

10 Mar 2022 • 12:18 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Tenom: Pertubuhan Mamagun NGO Sabah membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook, Anak Sabah S.A.S Muhammad Zahid AL Sulaiman atas hantarannya yang berunsur penghinaan terhadap komuniti etnik di Sabah.

Presidennya, Rudy Mairi membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, Rabu, meminta polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun Facebook itu.