Pengawal keselamatan akan didakwa kes bunuh penyelia kedai buku

23 Mar 2022 • 10:41 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Pengawal keselamatan yang ditahan berhubung penemuan mayat seorang wanita dalam keadaan rentung di sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan kes bunuh.

Pertuduhan terhadap suspek berusia 30-an itu akan dibaca mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Pada 13 Mac lalu, Sinar Harian melaporkan seorang wanita yang ditemukan rentung dalam bengkel kemahiran hidup di sebuah sekolah di Bandar Tun Razak di sini dipercayai dibunuh.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar dilaporkan berkata, mangsa dikenal pasti sebagai penyelia kedai buku berusia 25 tahun yang bertugas di sekolah tersebut.

Sehari kemudian, polis menahan pengawal keselamatan sekolah terbabit bagi membantu siasatan kes berkenaan.