Skuad B-21 Sabah benam KL City FC 4-2

19 Mar 2022 • 3:30 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Skuad Bawah-21 Sabah mencatatkan kemenangan pertama dalam kejohanan bola sepak Piala Presiden musim ini dengan 4-2 ke atas Kuala Lumpur City FC di UM Arena pada Khamis. Dua gol masing-masing daripada Yuseril Yusikil dan Nazemizan Naslon menyaksikan mereka mengecewakan tuan rumah yang berada di tangga teratas dalam kumpulan C sebelum perlawanan.

Dengan kemenangan itu, Sabah yang hanya mengutip satu mata dalam dua aksi pembukaan selepas tewas 0-4 pada pembukaan musim kepada Seri Pahang di tempat sendiri sebelum seri 1-1 di tempat lawan dengan Sarawak United mendaki ke tangga keempat dalam carta.

Perlawanan seterusnya adalah menentang Kuching FC di Stadium Likas pada 24 Mac jam 4.15 petang.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.