Nak Keluarkan KWSP? Ini 5 Perkara Yang Anda Kena Alert!

17 Mar 2022 • 4:50 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Bagi anda yang telah membuat keputusan atau benar-benar memerlukan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagaimana yang dibenarkan Kerajaan -- ini ada beberapa info penting yang perlu diberi perhatian.

Menerusi satu kenyataan, berikut 5 perkara penting yang diumumkan oleh KWSP :-

1) Permohonan untuk pengeluaran khas RM10,000 akan dibuka mulai 1 April hingga hujung bulan

2) Permohonan terbuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun

3) Tempoh pembayaran akan dilaksanakan bermula 20 April 2022

4) Ahli dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak RM10,000 dan minimum RM50

5) Ahli perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 mereka dahulu, sebelum mengakses simpanan dalam Akaun 1.

image is not available

Kerajaan semalam (16 April) -- membenarkan pengeluaran khas caruman KWSP sebanyak RM10,000 bagi meringankan beban Keluarga Malaysia yang masih terkesan susulan pandemik COVID-19.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata walaupun keputusan itu sukar dibuat kerana membabitkan simpanan hari tua rakyat, namun pengeluaran khas itu adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

Berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

"Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP," katanya pada sidang media khas.

image is not available