Agong berkenan berangkat ke Program Ziarah Kasih di Pulau Tioman

31 Mar 2022 • 8:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menyempurnakan Program Ziarah Kasih di Kampung Mukut, Pulau Tioman, Pahang pada Khamis.

Menurut kenyataan yang dikongsi menerusi akaun Facebook Istana Negara hari ini, Seri Paduka berkenan meluangkan masa hampir dua jam dari 12 tengah hari menyantuni dan beramah mesra bersama penduduk setempat.

Turut mengiring ialah anakanda Seri Paduka, Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, Tengku Puteri Ilisha Ameera, Tengku Puteri Iliyana, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

"Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada 10 keluarga asnaf dan empat buah masjid serta sebuah surau di kampung itu sempena menjelang bulan Ramadan.

"Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada 25 murid daripada keluarga asnaf di Sekolah Kebangsaan Kampung Mukut,” menurut kenyataan itu.

Pada 29 dan 30 Mac lepas, Al-Sultan Abdullah telah menyempurnakan Program Ziarah Kasih di Kampung Tekek dan Kampung Juara, Pulau Tioman serta mengurniakan sumbangan kepada penduduk yang memerlukan bantuan.

Baginda turut berkenan meluangkan masa mendengar permintaan dan keperluan penduduk setempat serta berkongsi pandangan bagi meningkatkan lagi keselesaan dan kemudahan rakyat di Tioman dalam program Ziarah Kasih ke Kampung Mukut, Kampung Juara dan Kampung Tekek itu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved