Tun M sahkan tidak bertanding PRU15

Politics
9 Mar 2022 • 1:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

LANGKAWI - Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa beliau tidak akan bertanding di mana-mana kerusi Parlimen termasuk Langkawi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurutnya, ia bagi memberi peluang kepada calon yang sesuai dan lebih muda untuk terlibat di dalam arena politik serta pilihan raya selain faktor kesihatannya yang belum pulih sepenuhnya.

Bagaimanapun, beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi memaklumkan akan turut terlibat dalam kempen-kempen yang digerakkan parti Pejuang sebelum PRU15 sekiranya diperlukan.

"Kita (di dalam parti Pejuang) hendak cari orang yang lebih muda daripada saya (untuk ganti saya bertanding di Langkawi), saya boleh ada bersama (dengan calon itu), saya (juga) boleh beri nasihat (kepadanya), saya boleh ambil bahagian dalam kempen iaitu kalau ada satu tempat yang saya perlu hadir, saya akan hadir, dan mungkin (akan) bercakap sikit (dalam membantu jentera parti," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditemui media selepas melakukan lawatan di Lang Agro Park sempena Program #PulangKeLangkawi pada Rabu.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri itu beberapa kali memberi bayangan bahawa beliau tidak akan bertanding dalam PRU15 bagi mewakili Pejuang.

Ia termasuklah di Parlimen Langkawi yang dijangkakan akan diserahkan kepada calon baharu meskipun,kepimpinan tertinggi dan akar umbi masih mahukan beliau bertanding. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved