“Baik Tak Payah Datang Sinilah!” – ‘Food Influencer’ Dituduh Pilih Kasih Reviu Makanan Singapura

23 Mar 2022 • 5:41 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Platform media sosial seperti TikTok boleh dikatakan tempat seseorang boleh menjadi viral jika membuat review makanan di pelbagai jenis restoran.

Setiap pengguna TikTok yang gemar menonton video review makanan pasti kenal dengan jejaka bernama Ceddy dimana beliau cukup terkenal dengan content makanan yang sering dimuat naik hampir setiap hari.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial nama beliau menjadi trending kerana dituduh pilih kasih oleh seorang pengguna kerana membuat review makanan di Newton Food Centre, Singapura.

Di dalam thread yang dilakukan oleh beliau, ada netizen yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan mengatakan tiada guna Ceddy melakukan review di Singapura jika mempunyai sifat bias.

image is not available

Tidak mendiamkan diri, Ceddy menjelaskan dirinya tiada niat untuk menyinggungkan hati mana-mana pihak ketika membuat reviu di Newton.

image is not available

Malah, jika meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen turut memberi pandangan mereka sendiri dan kesemuanya menyokong vlogger makanan terbabit.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

Akibat Terima Dos Penggalak Berbeza, 2 Rakyat Malaysia Dihalau Dari Jerman