Razli Che Razak dilantik Naib Canselor UMK

LocalPolitics
2 Mar 2022 • 3:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

BACHOK - Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr Razli Che Razak dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang baharu berkuat kuasa pada Selasa.

Pelantikan Razli, 59, diumum oleh UMK menerusi satu kenyataan media di sini pada Rabu.

Menurut kenyataan itu, Razli dilantik ke jawatan itu bagi menggantikan Profesor Datuk Dr Nor Azizi Ismail.

"Razli merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Statistik Ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Penyelidikan Operasi dari University of Strathclyde, United Kingdom.

"Selepas itu, beliau memperoleh Ijazah Kedoktoran dalam bidang yang sama dari Universiti Sains Malaysia (USM).

"UMK mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Razli di atas pelantikan beliau sebagai Naib Canselor UMK yang baharu," kata kenyataan itu.

Pada masa sama, UMK turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Noor Azizi di atas segala sumbangan dan khidmat bakti menerajui universiti.

Ucapan terima kasih dan penghargaan turut dititipkan kepada Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr Nik Maheran Nik Muhammad atas segala jasa dan khidmat bakti dalam menjalankan tugas sebagai Naib Canselor UMK.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved