KWSP Pengeluaran Khas: 5 Perkara yang anda perlu tahu

30 Mar 2022 • 10:54 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

1. Pengeluaran Khas hanya boleh dilakukan secara dalam talian

KWSP akan mengaktifkan satu portal di URL pengeluarankhas.kwsp.gov.my pada 1 April 2021 untuk yang berminat untuk memanfaatkan inisiatif ini. Kemudian, pada 9 April 2021, status permohonan boleh disemak melalui portal yang sama.

2. Siapa yang layak untuk keluarkan?

KWSP menyenaraikan 3 syarat. Syarat yang pertama anda mestilah ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun. Kemudian, ahli warganegara dan bukan warganeara kedua-duanya boleh memohon. Pemohon pua mestilah ada ismpanan KWSP sekurang-kurangnya RM150.

image is not available

3. Amaun Pengeluaran & Kaedah Pembayaran

KWSP memaklumkan yang amaun pengeluaran hendaklah bermula RM50 dan maksimum RM10,000. Dana dariapda Akaun 2 akan diambil terlebih dahulu dan sekiranya tidak cukup, dana daripada Akaun 1 akan diambil. Tapi, sekiranya dana daripada Akaun 1 diambil, baki RM100 perlu ditinggalkan.

image is not available

Pembayaran akan mula dimasukkan ke akaun pemohon bermula 20 April 2022 secara lump sump.

4. KWSP tidak melantik pihak ketiga untuk uruskan Pengeluaran Khas

KWSP mengingatkan kepada pencarum yang mereka tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga untuk menjadi orang tengah kepada inisiatif Pengeluaran Khas.

image is not available

5. Semak baki simpanan KWSP melalui i-Akaun untuk kemudahan

Urusan KWSP kebanyakannya boleh dilakukan secara dalam talian sama ada di portal KWSP ataupun di APP i-Akaun (Android, iOS). Tapi untuk mewujudkan akaun, anda perlu dapatkan kata laluan sementara yang hanya boleh diperoleh secara fizikal di pejabat ataupun kiosk KWSP berhampiran.