Telefon Pintar Jenama ‘Nothing’ Akan Lancar Tak Lama Lagi?

Digital
24 Mar 2022 • 1:14 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Bekas pengasas OnePlus iaitu Carl Pei telah mengesahkan rancangannya untuk melancarkan telefon pintar jenama baru iaitu Nothing pada tahun ini yang diasaskan oleh Nothing Technologies.

 Menurut laporan Fuzz.my, telefon pintar itu akan menggunakan nama Nothing Phone (1) dan perkara ini dikatakan sendiri Carl dalam acara ‘The Truth’ yang berlangsung baru-baru ini.

image is not available

Telefon pintar jenama ini akan menggunakan sistem operasi Nothing OS yang berasaskan Android. Menariknya, sistem operasi ini dikatakan akan memberikan pengalaman yang lancar dan pantas melalui ekosistem yang terbuka.

image is not available

Nothing OS dikatakan akan tersedia lebih awal iaitu bermula pada April ini menerusi aplikasi launcher untuk sesiapa yang nak cuba pengalaman OS baru ini nanti.

Walaubagaimanapun, spesifikasi berkenaan telefon pintar yang akan dilancarkan itu tidak didedahkan lagi. Sama-samalah kita tunggu sehingga ianya dilancarkan nanti.

Kredit: Fuzz.my

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.