Diskaun 50 Peratus PLUS Buat Pengundi Johor Berita Palsu

11 Mar 2022 • 1:34 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

KUALA LUMPUR - Kenyataan media tentang pemberian diskaun tol 50 peratus oleh PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bagi orang ramai untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor seperti yang tular ketika ini adalah berita palsu. 

Jurucakap syarikat konsesi tol itu memaklumkan, pihaknya memandang serius perbuatan pihak tidak bertanggungjawab tersebut, yang menggunakan logo syarikat untuk mengelirukan orang ramai. 

"PLUS akan bekerjasama dengan pihak berwajib untuk mengambil tindakan terhadap individu serta pihak terbabit. 

"Selain daripada agensi media yang sah, semua kenyataan media PLUS juga disiarkan menerusi saluran komunikasi rasmi syarikat ini termasuklah media sosial," katanya. 

Terdahulu, tular di media sosial kenyataan media PLUS, kononnya syarikat itu akan memberikan diskaun 50 peratus kepada orang ramai. 

Inisiatif terbabit dilaksanakan bagi menggalakkan orang ramai untuk pulang ke Johor bagi melaksanakan tanggungjawab untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, esok. 

Kenyataan itu menyebut, kadar 50 peratus itu akan mula diberikan bermula jam 12 tengah malam tadi bagi semua perjalanan menghala ke Johor. - Getaran, 11 Mac 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved