Beg Beli-Belah Balenciaga Lebih Kurang Sama Dengan Plastik Tesco?

Women's Fashion
21 Mar 2022 • 5:07 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pasti ramai antara korang yang cukup kenal dengan jenama fesyen Balenciaga kan? Jenama itu baru saja memperkenalkan rekaan beg beli-belah terbarunya. 

Jika dapat dilihat, design beg tersebut adalah lebih kurang sama je dengan beg plastik dari Tesco yang dikeluarkan pada tahun 1980-an. 

Menurut laporan Kosmo, beg ini diperbuat daripada kulit anak lembu dan rekabentuknya juga memang diinspirasikan daripada beg plastik Tesco yang sudah tidak digunakan lagi.

image is not available

Untuk pengetahuan, harga bagi beg beli-belah terbaru dari Balenciaga itu dijual pada harga £925 iaitu sebanyak RM5,113. Apa pandangan korang?

Pergh! Untunglah siapa yang masih simpan lagi beg plastik dari Tesco tu, jenama fesyen terkenal terinspirasi dekat design dia tu. Memang terbaik!

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.