Sabah catat 622 kes baharu

15 Mar 2022 • 1:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Sabah mencatatkan sejumlah 622 jangkitan baharu pada Isnin dengan penyusutan sebanyak 223 kes berbanding hari sebelumnya, kata jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

“Jumlah yang lebih rendah ini banyak dipengaruhi oleh penyusutan kes-kes baharu di daerah seperti Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran.

“Bagaimanapun, peratusan jangkitan sporadik masih tinggi, hampir 64 peratus dan ini bermakna risiko jangkitan kekal tinggi, khususnya di tempat-tempat awam,” katanya dalam kenyataan, Isnin.

Menurut beliau, sejumlah 19 daerah mencatatkan penurunan kes berbanding Ahad dengan empat daerah menunjukkan penurunan yang signifikan iaitu Penampang -47 kes, Tuaran -39 kes, Kota Kinabalu -35 kes dan Tawau -33 kes.

“Hanya tujuh daerah mencatatkan peningkatan kes dan satu daerah kekal sebagaimana catatan kes semalam.”

Beliau berkata, satu kluster yang melibatkan institusi pendidikan iaitu Kluster Jalan Gudon di Kota Kinabalu diisytiharkan tamat pada Isnin. Dengan itu, jumlah kluster yang masih aktif di Sabah ialah 25 kluster.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.