Polis siasat video tular ahli parti politik bertengkar

LocalPolitics
7 Mar 2022 • 10:15 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

JOHOR BAHRU - Polis menjalankan siasatan berhubung satu rakaman video tular memaparkan berlaku pertengkaran mulut melibatkan beberapa individu terdiri daripada ahli parti politik yang berbeza.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, perbalahan tersebut berpunca daripada tindakan pemasangan bendera parti di salah satu lokasi pintu masuk perkampungan yang dipercayai di daerah Iskandar Puteri.

Ujar Dzulkhairi, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berkaitan insiden itu daripada mana-mana pihak.

"Namun begitu, siasatan telah mula dijalankan berhubung kejadian itu.

"Pihak polis juga menyeru individu ataupun saksi yang melihat kejadian tersebut untuk tampil membuat laporan bagi siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, Dzulkhairi menasihatkan agar masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi menggunakan video dalam insiden tersebut.

"Pihak polis juga ingin menasihatkan semua individu ataupun ahli parti yang terlibat dalam semua gerak kerja parti supaya mengawal tingkah laku dan emosi sepanjang perjalanan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor agar tidak berlaku sebarang kekecohan ataupun insiden yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam," ujarnya.

Ikuti perkembangan semasa #PRNJohor dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved