Pembeli Rumah Tertarik Dengan Serambi Villa, Rumah Berdekatan Tasik & Diinspirasi Daripada Seni Bina Melayu

Architecture
17 Mar 2022 • 10:27 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Rumah adalah satu aset penting dalam kehidupan kita dan pastinya ramai antara anda yang bekerja keras untuk memiliki rumah yang diidamkan betul tak?

Semestinya, rumah yang diimpikan tu mestilah dapat beri keselesaan dan ketenangan pada kita serta keluarga, bukan saja sekadar untuk berteduh. Rekaan yang unik dan lain dari yang lain juga satu kelebihan untuk rumah idaman.

Tapi, anda dah jumpa ke belum rumah yang sesuai untuk didiami? Kalau belum, meh kami share dengan anda satu kawasan perumahan yang besar dan tenang untuk didiami.

 

Serambi Yang Mementingkan Kedamaian Dengan Alam

image is not available

Faktor utama konsep ‘rumahku syurgaku’ adalah ketenangan yang boleh didapati dari kawasan sekitar.

Memahami konsep tersebut, Serambi Villa telah dibangunkan di kawasan perumahan yang mesra alam yang mempunyai tasik dan taman di kawasan persekitaran rumah.

Kalau anda nak tau, Serambi Villa terletak bersebelahan dengan Lake of Reflection iaitu sebuah pusat rekreasi bertasik yang berada betul-betul di tengah Setia Alamsari.

image is not available

Lake of Reflection ini merupakan refleksi air terjun yang dikelilingi dengan tumbuhan hijau serta mempunyai laluan pejalan kaki, gazebo serta pavilion air yang menarik!

Jadi kalau anda rasa stress dan perlukan ketenangan, anda dah tak perlu risau lagi untuk pergi jauh-jauh sebab anda boleh bersiar-siar di kawasan perumahan saja dan nikmati keindahan alam.

 

Kawasan Strategik Serta Mesra Pengguna

image is not available

Kalau anda nak tahu, Serambi Villa ini terletak di kedudukan strategik yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti stesen Komuter Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) untuk akses mudah ke sana sini, disamping dekat juga dengan Bangi Gateway, Pasaraya Lotus, Setia Ecohill Walk di Semenyih dan IOI City Mall untuk kemudahan beli belah juga. Seronoknya!

Selain itu, kawasan perumahan ini juga berdekatan dengan fasiliti pendidikan seperti Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi, Sekolah Antarabangsa Rafflesia, Institut Jerman-Malaysia dan UKM selain dari pilihan sekolah rendah & menengah kebangsaan yang berhampiran

Paling penting, kawasan ini turut terletak berhampiran dengan kemudahan perubatan seperti Hospital Kajang, Hospital Pakar KPJ Kajang, Hospital Serdang dan Hospital Putrajaya. Anda dah tak perlu risau lagi dah lepas ni kalau ada berlakunya kecemasan.

image is not available

 

Ilham Daripada Seni Bina Melayu, Ruang Dalaman Rumah Lebih Luas & Selesa

image is not available

Bila nak memilih rumah ni, perkara penting yang akan dititikberatkan mestilah keluasan dalaman rumah tersebut selain tampak luaran yang bergaya dan evergreen.

Jadi, mengetahui kehendak pelanggan, Serambi Villa dibangunkan oleh S P Setia Bhd dengan ciri keluasan dalaman yang bakal mengujakan!

image is not available

Serambi Villa yang terletak di Setia Alamsari, Kajang ini mempunyai dua jenis perumahan dengan inspirasi seni bina melayu moden iaitu Banglo dan Rumah Berkembar Serambi Villa.

image is not available

Banglo Serambi Villa ia mempunyai keluasan 60 kaki x 100 kaki dengan luas bina dari 3,829 sehingga 4,022 kaki persegi. Haa, anda boleh muatkan macam-macam tau dengan keluasan rumah ni!

image is not available

Bagi Rumah Berkembar Serambi Villa, ia mempunyai keluasan 40 kaki x 80 kaki dengan luas binaan dari 3,318 hingga 3,404 kaki persegi.

image is not available

Semua unit ini menyediakan pilihan empat atau lima bilik tidur yang dilengkapi dengan bilik mandi serta alat pemanas. Terbaiklah!

image is not available

Anda juga boleh memilih unit yang menawarkan bilik tidur utama, ruang tamu, ruang makan, dewan keluarga serta balkoni yang menghadap ke tasik Lake of Reflection. Menarik!

Haa, jadi kalau anda berminat untuk mendapatkan rumah di Serambi Villa ni, layari laman web rasmi mereka di Setia Alamsari atau anda juga boleh hubungi mereka di talian 03-8736 2255.