Kanak-Kanak Disaran Ambil Vaksin COVID-19 Sebelum Fasa Peralihan Endemik

Health & Fitness
12 Mar 2022 • 2:27 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kanak-kanak kini merupakan golongan yang lebih berisiko mendapat jangkitan COVID-19 memandangkan mereka yang berumur 11 tahun dan ke bawah, belum mendapat perlindungan sewajarnya. - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Pengambilan vaksin COVID-19 amat penting bagi kalangan kanak-kanak yang berumur lima hingga 11 tahun, terutamanya apabila negara akan memulakan fasa peralihan ke endemik.

Jurucakap Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, ibu bapa diharap dapat melindungi anak mereka daripada jangkitan varian Omicron sebelum 1 April nanti, memandangkan kanak-kanak merupakan antara individu yang mudah terdedah dengan varian berkenaan.

“KKM sekali lagi menasihati ibu bapa untuk mengambil vaksin untuk anak-anak anda bagi melindungi mereka daripada jangkitan teruk varian Omicron yang boleh membawa maut dari jangkitan COVID-19 dan komplikasinya iaitu Multi System Inflammatory Syndrome in Children atau MIS-C.

“Kanak-kanak kini merupakan golongan yang lebih berisiko mendapat jangkitan COVID-19 memandangkan mereka yang berumur 11 tahun dan ke bawah, belum mendapat perlindungan sewajarnya berbanding dengan kumpulan umur yang lebih tinggi yang telah mendapat vaksinasi,” katanya.

Menurut jurucakap itu, kadar kemasukan kanak-kanak ke wad ‘Paediatric Intensive Care Unit’ (PICU) akibat COVID-19 l. Ia meningkat sebanyak 94 peratus untuk kesemua kategori 3 hingga 5.

Peningkatan turut berlaku ke atas kategori 4 sebanyak 200 peratus, diikuti kategori 5 sebanyak 125 peratus. - Getaran, 12 Mac 2022.