Pesawat Kargo Terbesar Dunia Antonov An-225 Mriya Kini Disahkan Musnah

TechnologyDigital
4 Mar 2022 • 5:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Berita menyedihkan bagi peminat aeroangkasa dunia hari ini kerana pesawat kargo komersial terbesar dunia Antonov An-225 Mriya kini sah musnah. Video yang diambil di Lapangan Terbang Antonov yang muncul hari ini menunjukkan bahagian hadapan pesawat terbakar dan remuk dengan bahagian hidup ranap ke permukaan lantai hangar.

Sebelum ini beberapa imej satelit yang diambil memberikan harapan An-225 mungkin terselamat dari sebarang kerosakan. Tetapi jelas sekali dari visual di atas bahagian bumbung hangar telah diserang dan ini mengakibatkan bahagian hadapan pesawat turut ranap. Dapat dilihat juga bahagian hadapan sayap pesawat yang turut terbakar dengan enam enjin masih tergantung.

image is not available

Syarikat pertahanan negara Ukraine, Ukroboronprom mengeluarkan kenyataan sebelum ini bahawa pesawat akan dibina semula dengan kos sekitar $3 bilion yang akan ditanggung oleh Rusia.

image is not available

Di peringkat awal, dua An-225 ingin dibina untuk program kapal angkasa Buran. Pesawat kedua tidak disiapkan kerana program dibatalkan selepas kejatuhan Kesatuan Soviet. Kerangka pesawat masih wujud dan diletakkan di perkarangan kilang sejak penghujung 80an. Jika Mriya akan terbang semula, kerangka ini mungkin akan digunakan sebagai pesawat binaan semula.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved